ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Bila bercakap pasal tusyen nih, aku memang ada keinginan jugak nak buka kelas tusyen satu hari nanti tapi kat kampung aku je la..
Satu persoalan timbul, aku ni layak ke nak jadi cikgu?? aku ada baca laman web,dalam tue cakap sesiapa sahaja leh jadi cikgu tusyen tapi jangan la semata-mata buka kelas tusyen hanya untuk dapat duit je..niat tu mau ikhlas maa...
Niat aku kalau aku nak buka kelas tusyen ni, aku nak bantu budak-budak kampung aku dalam pembelajaran diorang..target market aku maybe budak-budak yang nak ambil UPSR kot..tapi adakah aku layak??
InsyALLAH, sebelum aku nak buka kelas tue,aku nak dalami dulu ilmu-ilmu UPSR ni almaklumla dah bertahun-tahun tinggalkan zaman persekolahan..
Meh sini aku nak explain sikit tentang tusyen ni...(sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Tuisyen )
MAKSUD :
Tuisyen merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Tuition yang bermaksud "pengajaran".
Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang lemah dan tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti tidak minat belajar, tidak faham-faham, atau tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan dia tertingal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seorang pelajar memerlukan tuition, yakni bimbingan tambahan.
Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah,peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalampengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Maka peranan utama tuisyen sebenarnya adalah pelatihan (bahasa inggeris: coaching). Keadaan ini jelas dalam tuisyen bahasa dan matematik, di mana pelajar berkenaan akan diberi pelbagai latihan oleh guru tuisyen suapaya pelajar berkenaan dapat menguasai kemahiran berkenaan dengan lebih baik.
JENIS-JENIS TUSYEN:
Tuisyen terdiri daripada pelbagai ragam dan bentuk. Dari segi bilangan pelajar yang terlibat dalam suatu sesi tuisyen, tuisyen boleh dibahagi kepada 3 jenis.
- Tuisyen Kelas
Tuisyen Kelas merujuk kepada tuiysen yang dilaksanakan dalam bentuk "kelas", yakni secara beramai-ramai. Dalam keadaan ini, seorang guru tuisyen akan membimbing sejumlah pelajar, biasanya melebihi 10 orang. Bentuk tuisyen ini adalah ekonomi dan biasanya beroperasi di pusat tuisyen
Tuisyen kumpulan kecil melibatkan seorang guru dan sejumlah pelajar yang kecil. Pelajar yang terlibat adalah tidak lebih daripada 10 orang. Bentuk tuisyen ini biasanya beroperasi di rumah.
- Tuisyen Individu
Bentuk tuisyen ini melibatkan seorang pelajar dan seorang guru. Dalam keadaan ini seorang guru akan memberikan bimbingan khusus kepada seorang pelajar.
MASALAH BERHUBUNG DENGAN TUSYEN:
Dalam keadaan tertentu, tuisyen sememangnya dapat membantu pelajar, khususnya pelajar yang lemah. Tetapi, amalan tuisyen juga mendapat kritikan daripada pihak yang tertentu. Kritikan-kritikan ini adalah seperti berikut:
- Tuisyen Membazir
Tuisyen membazir merupakan satu masalah di mana pelajar yang cermelang, yang tidak perlu tuisyen juga diberi tuisyen. Perkara ini telah menyebabkan pembaziran wang ibu bapa dan juga pembaziran masa pelajar.
- Bisnes Tuisyen Melemahkan Sistem Pelajaran Formal
Bisnes tuisyen dikatakan bisa melemahkan sistem pelajaran formal kerana ia melibatkan ramai guru sekolah. Menurut spekulasi ini, guru sekolah akan mengabaikan pengajarannya di sekolah apabila mereka memberikan penumpuan lebih untuk bisnes tuisyen yang lebih "beruntung".
- Tuisyen Rosak Akhlak
Salah satu pandangan yang agak sinis mengenai tuisyen adalah bahawa tuisyen itu bisa merosakkan akhlak pelajar. Perkara ini timbul apabila dikatakan pusat tuisyen mendedahkan pelbagai cara licik kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Pendedahan ini dikatakan akan mempengaruhi pelajar menjadi seorang yang bersikap licik, opputunis, dan gemar berspekulatif.
- Pergaulan Remaja di Pusat Tuisyen
InsyALLAH aku berharap agar impian aku untuk menolong budak-budak kampung aku akan termakbul satu hari nanti..dan aku harap niat aku ni akan dapat sokongan dari orang sekeliling aku..amin....
No comments:
Post a Comment