haa,hari ni aku rasa macam nak tulis pasal "GEMUK" ataw lebih sedap lagi dipanggil "BADAN BESAR" huhu. knapa lak aku nak bercerita pasal gemuk nih?..aku bukan nak perlekehkan orang gemuk ye,sebab aku pun gemuk.haha.kalu tak percaya tengok la gambar aku.
aku yakin bagi sesiapa yang berbadan besar mesti kata dia tak cantik kan?.actually, orang yang berbadan besar tu lagi cantik dari yang berbadan kecik. sebagai contoh macam ni :
tengok gambar diatas, muka je lawa tapi badan tak lawa..jadi kita ni kena bersyukur la sebab kita dikurniakan dengan badan yang cukup zat..hhehe..
aku yakin ramai perempuan yang berbadan besar mesti level of confident diorang rendah. mesti diorang malu nak berdepan dengan public sebab bentuk tubuh badan diorang tak cantik. kenapa perlu macam tu? kenapa nak malu dengan diri sendiri. bagi aku la, aku sangat berbangga dengan tubuh yang Tuhan bagi kat aku nih. yela walaupun gemuk, asalkan aku bahagia.
lagi satu persoalan yang selalu bermain-main kat fikiran orang berbadan besar ni ialah 'bolehke orang badan besar ni ada teman lelaki?layak ke orang badan besar ni bercinta?.
of course you are..aku sendiri ada teman lelaki yang berbadan saiz S sedangkan aku berbadan XXL..tu tak menjadi halangan antara kami untuk bersama. sekiranya ada pak we kita yang suruh kita untuk kurus sebab dia malu dengan saiz badan kita, tinggalkan je orang tue. kalau dia betul-betul cinta kan kita,dia akan terima kita seadanya.
one more thing u all must remember, biarlah rupa and badan kita tak secantik siti nurhaliza asalkan hati kita suci dan murni. Sesungguhnya disisi ALLAH semuanya sama, jadi tak perlulah kita malu dengan diri kita sendiri,yakinlah pada diri sendiri nescaya kita akan tetap bahagia selamanya..
No comments:
Post a Comment