AinUL MaRdiAh

Friday, February 17, 2012

WANITA SOLEHAH...


Bismillahirahmanirahim...
Wanita Solehah... idaman setiap wanita. Aku sendiri pun mendambakan gelaran tu. Tapi layak kah aku untuk digelar wanita solehah?.
Aku ingin menjadi seorang hambaNya yang taat kepadaNya, seorang anak yang taat akan perintah kedua ibu bapanya, seorang kawan yang baik terhadap kawannya, seorang muslimah yang sejati..
Tapi bagaimana untuk mencapainya??.
Apa pun aku sebagai seorang muslim aku akan tetap mencuba sedaya upaya aku supaya aku menjadi seorang hamba,anak dan kawan yang terbaik..walau tak terbaik dimata manusia, biarlah terbaik dimata ALLAH,..InsyaALLAH..

Sunday, July 17, 2011

To be a Banker???




Sepertimana perasaan kucing kat atas tue, macam tue jugak la kesedihan yang aku rasai. Sedih sangat...

Nak tahu kenapa aku sedih??

Tak nak??

Tak nak pun aku nak citer jugak....=)

Aku sedih sebab tadi masa kelas Financial Islamic Institution and Market, Lecturer kami Miss Noorul ada bagitahu requirement untuk keje kat bank Islam..

Miss cakap bagi lelaki yang nak keje kat bank tu diorang cuma nak 3.3 and something..

And masa interview pun pihak bank tanya soalan biasa-biasa jer.

Tapi kalu perempuan pihak bank nak first class...

That's mean 3.75 and above...

Dah tue pihak bank tanya soalan-soalan yang memang berkait rapat dengan institusi perbankan..

Kalu dia tanya soalan pelik-pelik macam mana??

Aku terus rasa gementar,takut,nerveous,sedih bermacam-macam jenis lagi la aku rasa...

Memang la CGPA aku 3.77 sekarang tapi......
 helloo keputusan tue sampai semester 4 jer taw..
Sem 5 and sem 6 tak masuk lagi..

Kalu aku maintain alhamdullilah...

Tapi kalu sebaliknya???

OMG!!!  

What happend to my future??.

Jangan la impian aku terkubur macam tu ja...

Aku nak sangat sangat sangat sangat sangat sangat keja kat bank...

Ya ALLAH...aku harap aku dapat grade dengan result first class..

AMIN...




Friday, July 15, 2011

Research Methodologgy...


Assalamualaikum...

Dah banyak hari tak update blog nih.. Hari ni aku nak cite kit pasal assignment yang aku kena buat..Tajuk subjek ni Research Methodologgy. Tengok tajuk ni pun dah tahu kan mesti kena buat research.. Tapi research yang kami kena buat tak lah sampai tahap kena buat jurnal. Just asas-asas dia je. Asas-asas pun poning jugak kepala ni nak pikir tajuk dia..

Lecturer kami, En Zulqurnain bagi tajuk bebas kat kami semua, jadi ikut suka hati kami la nak buat tajuk apa pun yang penting kami berminat. So aku n kawan aku yang sorang ni pun (Nur Syazwani) fikir punya fikir last-last dapat la satu tajuk..Tajuknya jeng........jeng............jeng...........



THE PRODUCTIVITY AND EFFICIENCY OF THE MALAYSIAN BANK AFTER MERGER

Perghhh bukan main panjang tajuk research aku..Aku pilih tajuk nih sebab memang bidang aku bank. So aku nak jugak kaji bab bank ni..

Ingat ke senang rupa-rupanya................................Ya Allah, susah jugak...

Nak cari jurnal,information n everything about it........arghhh quite difficult.. tapi disebabkan minat, aku n kawan aku ni teruskan juga la...

Last2 dapat juga la jurnal berkenaan tajuk nih...Kami pun come out la dengan objectives n Research questions, pastue bila present banyak plak soalan yang ditanya oleh En Zul ni..

Gelabah jugak aku masa nak jawab tue..berpeluh-peluh...hahhaha..

Tapi nasib baik la En Zul tue baik orangnya. Dia bagi kami a lot of information. Lepas tue aku terfikir ngan kawan aku, apakata kita tukar tajuk...hahha...

Tajuk kami yang terbaru ialah jeng........jeng.....jeng.

THE PRODUCTIVITY AND EFFICIENCY OF THE HONG LEONG BANK AFTER MERGER WITH
EON BANK

Haa...semakin panjang plak tajuk kami..Kami pilih tajuk ni sebab scope dia lebih kecik dari tajuk kami yang awal. Kawan aku pun cari la maklumat tentang merge tue akhirnya dapat la. 

Yes scope lebih kecik jadi senang nak buat keja.. Lepas ni kami kena come out lak dengan hypothesis..

Haa??Hypothesis?? Susah ke senang??

Apa pun buat dulu...

Tak kenal maka tak cinta...


Yeah dah cukup merapu untuk kali nih...

Tunggu apa lagi????


Umey pergi buat hypothesis nanty En Zul tanya mengelabah lak....

Assalamualaikum semua....





Tuesday, July 12, 2011

BERSIH lagi...


Assalamualaikum w.b.t

Petang tadi sedang aku layan komen-komen kawan aku di facebook, aku ternampak satu link ni :

Jadi aku pun buka dan tengok la video yang terpampar kat situ.. tajuk video tue 

Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09/07/2011

duration: 12.33

Bila aku tengok je Video ni, hati aku jadi sebak..aku tak dapat nak tahan air mata aku dari mengalir..
Sedih bila aku tengok betapa kejamnya manusia akhir zaman sekarang.

Sedih hati aku bila terkenangkan mengapa semua ini terjadi..
Aku tak sedih sebab BERSIH diadakan tapi yang aku sedih adalah disebabkab sikap beberapa pihak yang tak bertanggungjawab..

Sedih bila aku tengok penyokong BERSIH ni diteranjang, dimaki, dihalau, diikat, dicemuh oleh sesetengah pihak tersebut..

Kadang-kadang aku tertanya sendiri, apakah dosa yang mereka lakukan sehingga mereka di perlakukan sebegini??

Adakah berdosa sekiranya mereka ingin menuntut keadilan??

Setahu aku, negara kita dipimpin berdasarkan sistem demokrasi jadi kenapa suara rakyat tidak dipedulikan??

Apakah motif "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang selama ini diuar-uarkan sekiranya suara rakyat tidak diperdulikan??

Mengapa mereka harus meanak tirikan pihak pembangkang walhal mereka juga mempunyai hak dalam negara ini...

Kenapa mereka takut untuk menerima kebenaran??

Soalan-soalan ini sentiasa bermain di fikiran aku..

Lagi aku sedih bila aku terbaca di komen facebook ada sesetengah hamba ALLAH yang sanggup mengutuk Ulama'..

Menghina,mencaci,mencemuh para ulama' kat negara kita...

Dunia akhir zaman.....

Ulama' dipinggirkan tapi pemimpin yang zalim di puja-puja kan...


Aku yakin bahawa satu hari nanti ALLAH akan tunjukkan kebenaran..

Aku yakin bahawa ALLAH tetap bersama orang-orang yang teraniaya...

Aku mencoretkan semua ini bukan kerana aku berada di pihak pembangkang atau sebaliknya...

Tapi aku mencoret semua ini hanya untuk menuntut kebenaran...

Aku mencoret semua ini hanya kerana aku sayangkan agama aku...

Aku tak mahu termasuk dalam golongan yang dilaknati ALLAH.....





Monday, July 11, 2011

TUISYEN @ TUITION


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Bila bercakap pasal tusyen nih, aku memang ada keinginan jugak nak buka kelas tusyen satu hari nanti tapi kat kampung aku je la..

Satu persoalan timbul, aku ni layak ke nak jadi cikgu?? aku ada baca laman web,dalam tue cakap sesiapa sahaja leh jadi cikgu tusyen tapi jangan la semata-mata buka kelas tusyen hanya untuk dapat duit je..niat tu mau ikhlas maa...

Niat aku kalau aku nak buka kelas tusyen ni, aku nak bantu budak-budak kampung aku dalam pembelajaran diorang..target market aku maybe budak-budak yang nak ambil UPSR kot..tapi adakah aku layak??

InsyALLAH, sebelum aku nak buka kelas tue,aku nak dalami dulu ilmu-ilmu UPSR ni almaklumla dah bertahun-tahun tinggalkan zaman persekolahan..

Meh sini aku nak explain sikit tentang tusyen ni...(sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Tuisyen )

MAKSUD :
Tuisyen merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Tuition yang bermaksud "pengajaran".
Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang lemah dan tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti tidak minat belajar, tidak faham-faham, atau tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan dia tertingal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seorang pelajar memerlukan tuition, yakni bimbingan tambahan.
Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah,peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalampengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Maka peranan utama tuisyen sebenarnya adalah pelatihan (bahasa inggeris: coaching). Keadaan ini jelas dalam tuisyen bahasa dan matematik, di mana pelajar berkenaan akan diberi pelbagai latihan oleh guru tuisyen suapaya pelajar berkenaan dapat menguasai kemahiran berkenaan dengan lebih baik.

JENIS-JENIS TUSYEN:

Tuisyen terdiri daripada pelbagai ragam dan bentuk. Dari segi bilangan pelajar yang terlibat dalam suatu sesi tuisyen, tuisyen boleh dibahagi kepada 3 jenis.
  • Tuisyen Kelas
    Tuisyen Kelas merujuk kepada tuiysen yang dilaksanakan dalam bentuk "kelas", yakni secara beramai-ramai. Dalam keadaan ini, seorang guru tuisyen akan membimbing sejumlah pelajar, biasanya melebihi 10 orang. Bentuk tuisyen ini adalah ekonomi dan biasanya beroperasi di pusat tuisyen

Tuisyen Kumpulan Kecil
Tuisyen kumpulan kecil melibatkan seorang guru dan sejumlah pelajar yang kecil. Pelajar yang terlibat adalah tidak lebih daripada 10 orang. Bentuk tuisyen ini biasanya beroperasi di rumah.


  • Tuisyen Individu
    Bentuk tuisyen ini melibatkan seorang pelajar dan seorang guru. Dalam keadaan ini seorang guru akan memberikan bimbingan khusus kepada seorang pelajar.


MASALAH BERHUBUNG DENGAN TUSYEN:

Dalam keadaan tertentu, tuisyen sememangnya dapat membantu pelajar, khususnya pelajar yang lemah. Tetapi, amalan tuisyen juga mendapat kritikan daripada pihak yang tertentu. Kritikan-kritikan ini adalah seperti berikut:

  • Tuisyen Membazir
    Tuisyen membazir merupakan satu masalah di mana pelajar yang cermelang, yang tidak perlu tuisyen juga diberi tuisyen. Perkara ini telah menyebabkan pembaziran wang ibu bapa dan juga pembaziran masa pelajar.

  • Bisnes Tuisyen Melemahkan Sistem Pelajaran Formal
    Bisnes tuisyen dikatakan bisa melemahkan sistem pelajaran formal kerana ia melibatkan ramai guru sekolah. Menurut spekulasi ini, guru sekolah akan mengabaikan pengajarannya di sekolah apabila mereka memberikan penumpuan lebih untuk bisnes tuisyen yang lebih "beruntung".

  • Tuisyen Rosak Akhlak
    Salah satu pandangan yang agak sinis mengenai tuisyen adalah bahawa tuisyen itu bisa merosakkan akhlak pelajar. Perkara ini timbul apabila dikatakan pusat tuisyen mendedahkan pelbagai cara licik kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Pendedahan ini dikatakan akan mempengaruhi pelajar menjadi seorang yang bersikap licik, opputunis, dan gemar berspekulatif.

  • Pergaulan Remaja di Pusat Tuisyen
Kehadiran ke pusat tuisyen sebenarnya satu peluang untuk remaja untuk bergaulan dengan rakan-rakan yang berasal daripada sekolah yang berlainan. Bagi sesetengah ibu bapa, pergaulan yang terlalu luas adalah berbahaya, kerana khuatir remaja ini terpengaruh oleh orang jahat; tetapi ada juga berasa ini satu perkara baik, kerana remaja boleh menimba pengalaman daripada pergaulan.

InsyALLAH aku berharap agar impian aku untuk menolong budak-budak kampung aku akan termakbul satu hari nanti..dan aku harap niat aku ni akan dapat sokongan dari orang sekeliling aku..amin....

Saturday, July 9, 2011

perhimpunan "Bersih"..


9 Julai 2011...
Perhimpunan Bersih atau Haram?

Tak lama dahulu pada tahun 2007, perhimpunan bersih dah pun diadakan tujuannya untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. Persoalannya sekarang adakah ia satu perhimpunan haram? Bagi pendapat aku la, perhimpunan itu tak salah kerana kita sebagai rakyat Malaysia, kita ada hak untuk meluahkan apa yang terbaik untuk negara kita. Lagipula, Perhimpunan bersih ini untuk menuntut sesuatu yang aku rasakan agak baik..

Pemimpin utama perhimpunan ini adalah Datuk Ambiga Sreenevasan (maklumat lanjut klik sini). 

Matlamat utama perhimpunan Bersih adalah untuk  agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
  1. memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih.
  2. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai. 
  3. Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya. S
  4. PR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi. 
  5. Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. 
  6. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.



Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua peserta perhimpunan.

Jadi kenapa pihak kerajaan mengharamkan perhimpunan ini?? adakah ia menjejaskan keamanan negara?? adakah ia memberi kesan buruk kepada negara?? atau adakah pihak tertentu tidak mahu untuk menerima kebenaran??

Tak tahu la yang mana satu jawapan nya..Setiap perkara mempunyai baik dan buruknya, jadi yang mana baik kita jadikan ikutan dan yang buruk sama-sama lah kita jadikan sempadan..semoga politik di negara kita akan menjadi lebih stabil dan tak ada lagi pihak yang saling menyalahi, saling mengata antara satu sama lain..

wallahualam....



Friday, July 8, 2011

penyakit sanggul perempuan zaman sekarang



Macam-macam skill orang nak merosakkan Islam. Lepas satu, satu syubhah diselit masuk supaya amalan umat Islam jadi keruh dan rosak. Sebelum ni kecoh dengar pasal ‘tudung rahib’ yang melekat di leher macam batu nisan berjalan. Sekarang dah muncul pula syubhah yang baru- fesyen bonggol unta. Rasanya gaya ni dah lama muncul cuma baru-baru ni dihebahkan semula dengan lebih giat. Lebih mengejutkan bila sanggul palsu diiklankan dalam media sebagai aksesori untuk muslimah bertudung! Sebelum ni bukan tak biasa tengok sanggul palsu di kedai dua ringgit, tapi kalau sampai diiklan ke majalah dan akhbar, rasanya sanggul-sanggul ni dah bertambah fungsi.




Makin membimbangkan bila gaya ni turut dipopularkan oleh TV. Umat Islam sangat bersyukur bila TV-TV dapat hidayah nak ambil pengacara bertudung. Dari siaran berita ke bual-bicara, alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab. Tapi tak sampai lima tahun cara hidup yang indah ni mula dicemari anasir tersembunyi. Pengacara yang lawa2 ni tetiba tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah xmacam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam citer fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya.-Alah, sanggul…. apa sangat. Simple je. Kecoh la ngko ni Joyah. +Cik kak, kalau benda yang simple ni buat ko masuk neraka camne?Kot  murtad @ berzina,faham la jugak. Dosa besar. Ni sebab sanggul seco’et ngko kene panggang jadi biskut. Tak berbaloi!                1400 tahun yang lalu, penyakit bonggol unta ni dah dikhabarkan dek junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Penyakit ni disebut sebagai salah satu ciri @ kelayakan ahli neraka. Sebuah hadis baginda yang masyhur dalam Sohih Muslim telah menyebutkan, mafhumnya ;"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)                Selain mendapat keahlian neraka secara percuma, Nabi s.a.w turut menyebutkan bahawa golongan ini tidak akan dapat menghirup harumnya syurga, sedangkan ia dapat dicium dari sekian jarak yang amat jauh.                Allahuakbar….sanggul secuit punya pasal…

           
Tapi…kenapa sanggul?Kita tinjau semula rangkuman aurat perempuan ialah seluruh tubuh, dari akar rambut sampai hujung kaki. Bukan sahaja warna aurat itu yang perlu dijaga, tetapi juga bentuknya. Kerana itulah disyariatkan memakai pakaian yang longgar. Gaya bonggol unta ini termasuk dalam kategori mempamerkan bentuk tubuh, cuma Rasulullah s.a.w menyebutkan larangannya dengan lebih khusus kerana caranya ‘pameran’nya berbeza dari anggota tubuh yang lain. Jika bentuk dada dan punggung dizahirkan dengan pakaian ketat, ‘bonggol unta’ pula dizahirkan dengan gaya ikatan rambut yang tinggi menjolok langit. Andaikan Baginda tidak menyebut dengan khusus, manusia-manusia yang berhati sakit akan sewenang-wenangnya berhelah : “Kami tak pakai tudung ketat, cuma ikat rambut tinggi je”. Lantas ancaman yang jelas lagi keras ini memotong habis segala tipudaya golongan penghidap penyakit bonggol ni. Takde dolak-dalih.                Tapi, kalau dah rambut memang panjang macam Rapunzel, takkan nak lilit kat leher pulak. Kang abis la berkurap…


Pandai-pandai la seimbangkan antara tuntutan naluri dengan tuntutan syar’ie. Islam agama fitrah. Takdenye yang rambut panjang nak disuruh potong jadi tomboy. Ikat la kut mana pun asalkan tak langgar garis yang diletak, jangan sampai rambut yang cantik jadi bonggol unta. Ikat rendah-rendah je kan boleh. Yang jadi isu sekarang ni ialah sanggul buat-buat. Bila tanggal tudung, sanggulnya pun tanggal. Boleh beza sangat antara sanggul betul dengan tipu ni. Orang Melayu rambutnya takde la tebal macam Arab @ India. Takde modal la nak kata yang terbonjol tu rambut asli, melainkan sengaja dibonjol2kan.Mungkin muslimah di luar sana tak tahu pasal larangan ni. Nampak fesyen cambest kat IFF terus je ikut. Tak apalah yang tak tahu, yang tahu kenalah bagitahu. Yang tak tahu ni, bila dah tahu kenalah beramal…selamatkanlah kepala anda dari menjadi sate di neraka.Kesimpulannya seluruh aurat mestilah ditutup dengan sempurna…warna dan bentuk rupa.  Macam mana lima waktu solat kena buat xbleh pilih2, macam tu jugak seluruh aurat kene tutup xbleh celup2. Menutup aurat, antara lambang ketaatan seorang perempuan Islam kepada Allah s.w.t yang menciptakannya. Kalau nak tau, ajaran kitab Injil yang sebenar pun ada perintah menutup aurat kepada perempuan Nasara, tapi tengok la sekarang perempuan kat gereja je yang tutup kepala. Tu pun lutut terbukak…Berbeza dengan suruhan kepada perempuan Islam.  Allah s.w.t dengan penuh kasih sayang terhadap muslimah, telah menyebut dengan jelas dalam surah Al-Ahzab, sebab kenapa Dia suruh kita tutup harta kita yang indah ni. Firman Allah, mafhumnya ;“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzaab, 59)


Allah s.w.t yang menciptakan lelaki dan perempuan, maka Dia lebih tahu betapa berminatnya kaum lelaki ni kepada kaum perempuan. Nah, sekarang dah banyak kita tengok akibat tak menutup aurat ni kan? Rock-all lah, rubber lah, sumbang mahram, anak tak sah taraf… bukan yang ‘tak tutup’ je punya pasal, yang ‘tertutup’ pun bersalah jugak tak menegur. Ingat diri sendiri dah selamat, sekali esok lusa insan-insan yang tak sah taraf ni jadi menantu awak. Baru tau…..Sama-sama muhasabah diri, sama-sama perbaiki umat kita. Sesungguhnya manusia itu rugi kecuali yang beriman, beramal soleh dan melaksanakan amar makruf nahi munkar.