AinUL MaRdiAh

Wednesday, February 2, 2011

pakwe + makwe + family = ?


        Hot kan tajuk entry aku kali ni? Memang panas, dan hot lagi pada orang yang dirasai. Huh. Ok, straight to the point kali ni, tak payah nak bermukaddimah panjang, apa cerita yang masa bercinta nak libatkan ibu bapak? Apa cerita kalau baru couple dua  tiga hari dah bawak balik rumah nak tunjuk kat mak dan bapak ni? Kalau setakat nak memperkenalkan kekasih hati kita ni tak salahla, tapi tak ke macam terlalu beria – ria sangat kalau tak ada ikatan apa – apa nak bawak balik rumah?
        Ok, pasal bercinta dan mak bapak ni aku tengok orang sekarang ni dah tak segan silu tak macam orang dulu. Dulu, kalau bercinta memang la riuh tapi tak la sampai nak libatkan mak bapak seperti bawak datang rumah, baik – baik dengan mak dan ada diantara couple – couple terlalu baik sampaikan mak bagi bawak si awek ni tido dekat rumah.
        Ye, taulah memang dalam pemantauan mak bapak, tapi apa hukumnya bukan muhrim berada dalam satu rumah walaupun berlainan bilik? Apa – apa benda boleh jadi. Kan? Mak ada pon mesti pandai nak cover line. Aku anggap benda ni haram. Gila,  jiran – jiran tak kata apa ke anak bawak balik pompuan tido kat rumah? Mak bapak ni tak ada ke apa?
        Bab bercinta ni memang best, sampaikan pijak semut pon tak mati. Biasalahkan benda manis je semuanya indah indah belaka. Tapi, kalau dah putus dan terlerai hubungan tu tak ke haru? Memang niat kita bawak awek pegi rumah nak kenal – kenalkan dengan mak ayah tapi kalau dah terlalu rapat dengan mak bapak pon susah jugak. Sebagai contoh :
       A membawa awek dia ke rumah dan mak bapak dia suka berkenan sangat dengan awek A. Oleh sebab A merupakan anak tunggal ataupun anak lelaki bongsu sebab family tak ada anak perempuan, awek A dapat perhatian dan kasih sayang daripada keluarga A. Bagus memang bagus, segala aktiviti A dengan aweknya “direstui”. Bawak tido balik rumah pon boleh, tapi tak tido sekali la  (belakang tabir aku tak tau ah).
        Tut tut, si A putus dengan aweknya dan ada awek baru yang lebih baik dari awek lama. Oleh kerana mak A dah berkenan dengan awek lama A dan anggap bekas awek A sebagai anak sendiri, segala – galanya mak A telah berkongsi dengan bekas awek A, masalah keluarga, kesihatan dan perbincangan pasal “wanita” dengan bekas awek A. Si mak sayang nak tinggalkan bekas awek A walaupun mak tahu anak dia ada awek baru.
        Bagi A pulak, apabila mak  A ni terlalu baik dia pun dah rasa macam terhutang budi. Kebaikan, keramahan dan juga keterbukaan mak A dalam melayani bekas awek A. Pada permulaan, bekas awek A tak mau dah berhubung dengan mak A sebab tak eloklah, dia dah tak kawan dengan A lagi tapi desakan mak A supaya jangan tinggalkan dia dan bekas awek A pon rasa serba salah lalu tak dapat nak lupakan jauh sekali nak tinggalkan mak A.
         So, apabila dah jadi macam ni bekas awek A rasa serba salah bila pergi ke rumah A. Mak A selalu hubungi bekas awek A bila nak datang rumah dan ada sekali sekala bekas awek A datang tinggal di rumah A. A bukannya tak ada dalam rumah tersebut, bekas awek A ni hanya melayan mak A dalam rumah dia. Susah bekas awek A nak cari pakwe baru oleh sebab mak A dok selalu ganggu bekas awek A.

Selepas putus cinta
        Ok, apabila cinta antara dua manusia ni putus mesti dah tak jadi sefahaman, tambahan masing – masing dah ada pasangan baru. Kan? Masalah yang sering dihadapi oleh orang pompuan ni ialah hubungan dia dengan mak bekas pakwe lama.
        Kalau pakwe baru pompuan tu tak boleh terima, awek tu kot mana pun tak boleh nak teruskan lagila (bagi aku) sebab dah melibatkan orang ke tiga. Walaupun hanya “mak” tapi ia bersangkut paut denga bekas kekasih lama dia. Tak guna la dia nak nafikan itu ini. Yang hangin sekali, si awek ni pegi jugak tido rumah mak bekas pakwe lama dia. Lagi pakwe baru dia akan angin. Marah mesti berkepul – kepul dan mendidih macam lahar gunung berapi.
Elak libatkan keluarga
        Sepanjang aku hidup dan bercinta, aku tak pernah nak bawak pakwe aku selalu kat rumah. Aku hanya suruh dia datang masa raya saja, tu pun sekadar nak memperkenalkan siapa orang yang aku kawan dan aku kasihi kepada mak ayah. Cukup sekali. Kot ada jamuan ataupun kenduri, dijemput datang rumah. Lagipun,mak ayah aku bukan jenis senang – senang nak terima / pelawa orang lain masuk dalam family kami selagi tak ada ikatan sah.
        Mak bapak yang tak cukup “pelajaran agama” kot yang banyak senang – senang nak terima anak orang lain jadi anak dia. Kalau ambil anak angkat tak mengapa, ni anak kekasih. Adoi, tak boleh terima semua ni.
Nak bercinta kena fikir dua tiga kali. Jangan ingat bercinta hari ni je, ingat masa depan sama.
        Yela, setiap perbuatan yang kita buat ni akan mempengaruhi masa depan. Kalau dah jadi macam masalah diatas tu, dah dok rasa terhutang budi dengan mak bekas kekasih kan susah. Susah nak hilangkan rasa “terhutang budi” ni. Rasa tak senang duduk je, teringat macam – macam benda yang dia bantu kita masa susah dulu.
        Bagi aku jugak, yang lepas tu lepas la. Jangan nak bawa lagi pada masa akan datang. Hadkan pergaulan dengan mak bekas kekasih. Aku rasa, kalau tak hubungi lagi bagusDah tak ada mak bapak ke sampai nak tagih kasih sayang orang lain? eee.. Taktau la apa nak jadi!

No comments:

Post a Comment