AinUL MaRdiAh

Saturday, July 9, 2011

perhimpunan "Bersih"..


9 Julai 2011...
Perhimpunan Bersih atau Haram?

Tak lama dahulu pada tahun 2007, perhimpunan bersih dah pun diadakan tujuannya untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. Persoalannya sekarang adakah ia satu perhimpunan haram? Bagi pendapat aku la, perhimpunan itu tak salah kerana kita sebagai rakyat Malaysia, kita ada hak untuk meluahkan apa yang terbaik untuk negara kita. Lagipula, Perhimpunan bersih ini untuk menuntut sesuatu yang aku rasakan agak baik..

Pemimpin utama perhimpunan ini adalah Datuk Ambiga Sreenevasan (maklumat lanjut klik sini). 

Matlamat utama perhimpunan Bersih adalah untuk  agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
  1. memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih.
  2. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai. 
  3. Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya. S
  4. PR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi. 
  5. Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. 
  6. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.



Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua peserta perhimpunan.

Jadi kenapa pihak kerajaan mengharamkan perhimpunan ini?? adakah ia menjejaskan keamanan negara?? adakah ia memberi kesan buruk kepada negara?? atau adakah pihak tertentu tidak mahu untuk menerima kebenaran??

Tak tahu la yang mana satu jawapan nya..Setiap perkara mempunyai baik dan buruknya, jadi yang mana baik kita jadikan ikutan dan yang buruk sama-sama lah kita jadikan sempadan..semoga politik di negara kita akan menjadi lebih stabil dan tak ada lagi pihak yang saling menyalahi, saling mengata antara satu sama lain..

wallahualam....



No comments:

Post a Comment